Dikuasakan oleh Blogger.

HARGA LESEN MEMANDU KEKAL


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memaklumkan harga lesen kenderaan tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti sedia ada.

Ia dibuat selepas dia mendapat maklumat berkenaan daripada laman Twitter Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebelum ini, berita mengenai kenaikan harga lesen memandu menjadi viral di laman sosial dan ramai yang mempertikaikan motif kenaikkan harga itu.

Terdapat pengguna laman sosial yang mengutuk kenaikan harga berkenaan dan ada juga yang menjadikannya sebagai bahan troll.

Mohammad Aidil melalui laman tweetnya berkata, lebih ramai yang rela disaman RM300 atas kesalahan memandu tanpa lesen daripada mengambil lesen kerana terpaksa mengeluarkan sehingga RM2000.

@Roslan Ahmad melalui statusnya pula berkata: "Tahun lepas aku datang meminang, si ayah letak harga RM10,000 sahaja tetapi semalam aku call, harganya dinaikkan RM12,000 dengan alasan anaknya kena bayar lesen memandu".

Sejak dua hari lalu, laman sosial dipenuhi dengan status tentang isu lesen memandu selepas Majlis Piawaian dan Permodenan Industri Memandu Malaysia (Mapim) bertindak menaikkan harga lesen memandu.

Menurut Setiausaha Mapim, Ahmad Kassim, kenaikan harga itu perlu dilakukan bagi menampung kos penaiktarafan litar memandu.
Tag : Semasa

Related Post:

0 Komentar untuk "HARGA LESEN MEMANDU KEKAL"

Back To Top