Dikuasakan oleh Blogger.

BEGINILAH KEADAAN KUBUR JEMAAH HAJI JIKA MENINGGAL DUNIA DI MEKAH


BEGINILAH KEADAAN KUBUR JEMAAH HAJI JIKA MENINGGAL DUNIA DI MEKAH

MATI itu pasti! Kematian datang menjemput tidak kira dimana kita berada dan tepat pada masanya. Tidak terlebih ataupun kurang walau satu saat sekalipun.

Lazimnya, jika seseorang itu meninggal dunia di Mekah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya akan terus dikebumikan di tanah suci Makkah.

Ini boleh dianggap sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.

Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.


Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah.


Jenazah disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.


Proses pengkebumian jenazah yang meninggal dunia di Makkah.




Beginilah perjalanan yang perlu anda lalui sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui. - sumber


Bolehkah bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?

Nabi SAW menyebut di dalam sebuah hadis,

Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.” (riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadis tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya harus untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.

Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. Bukan pergi kesana dan terjun bangunan hotel (bunuh diri). Itu tidak akan mendapat syafaat (malah kufur).

Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat yang baik. 

Wallahu’alam..

- sumber
Tag : Info, Islam
0 Komentar untuk "BEGINILAH KEADAAN KUBUR JEMAAH HAJI JIKA MENINGGAL DUNIA DI MEKAH"

Back To Top