Dikuasakan oleh Blogger.

PENGASUH KUTUK IBU.. GELAR ANAK ASUHANNYA 'ANAK MONYET' !


PENGASUH KUTUK IBU.. GELAR ANAK ASUHANNYA 'ANAK MONYET' !

Biadap! tergamak seorang perempuan yang dipercayai pengasuh di sebuah taska mengutuk ibu dan anak asuhannya di laman sosial. 

    "Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? Eh siallah," - kata pengasuh yang bernama Lillu.


Ekoran itu, netizen mengkritik tindakan pengasuh terbabit yang dilihat biadab dan kurang ajar. 

"Sedap mulut kata anak manusia ini anak monyet. Kalau rasa tak boleh nak kerja di taska, berhenti sajalah. Kenapa ada juga manusia seperti ini? Lebih baik kau dijadikan sebagai binatang," kata Kak Long yang menjelaskan gambar itu diperolehi dari group WhatsApp.

"Siapa mak baby ini? Baik awak jangan hantar baby awak ke taska itu lagi. Tak selamat dah, nanti kena dera oleh pengasuh sengal itu pula," kata Amriez.

Inilah yang para ibu bapa bimbangkan. Di depan ibu bapa, tutur kata mereka amat lembut seperti pijak semut tak mati. Bila di belakang, lain pula ceritanya. Dideranya budak-budak asuhan tanpa ada rasa belas kasihan. Namun, bukan semua pengasuh taska bersikap seperti itu, hanya ada segelintir pengasuh saja yang bermasalah.

Bagaimanapun, dalam konteks ini, ibu bapa juga perlu memainkan peranan masing-masing. Jangan semua benda nak diserahkan kepada pengasuh saja.. Mandikanlah anak terlebih dahulu sebelum dihantar ke taska. Ini bagi memudahkan pengasuh di taska agar dapat menumpukan lebih perhatian kepada anak-anak anda. Pengasuh juga manusia, bukan mesin. Jangan terlalu memberi tekanan kepada mereka.

- Dipetik dari TheHypemedia
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PENGASUH KUTUK IBU.. GELAR ANAK ASUHANNYA 'ANAK MONYET' !"

Back To Top