Dikuasakan oleh Blogger.

AL- FATIHAH | 'AWIE' MAUT DALAM NAHAS JALAN RAYA


AL- FATIHAH | 'AWIE' MAUT DALAM NAHAS JALAN RAYA

Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘Awie Lahad Datu’, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana.

Dalam kejadian jam 6.30 petang pada 26 November 2013 lalu, mangsa Maslee Lumayan, 44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi rock Awie itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Awie dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu laju dari arah Bandar Sri Perdana ketika melintas jalan raya. – Harian Metro

Ekoran itu, ramai yang menyangka 'AWIE' yang maut dalam kemalangan itu adalah rocker Awie kerana memiliki persamaan nama dan wajah. Apapun, jangan salah faham. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Awie.

Awie sebenar kini masih hidup dan sihat walafiat. Beliau kini menjadi hos untuk rancangan santai "Tunggu Sekejap" yang disiarkan menerusi TV3 pada setiap khamis bermula jam 11 malam.




Tag : Santai
0 Komentar untuk "AL- FATIHAH | 'AWIE' MAUT DALAM NAHAS JALAN RAYA"

Back To Top