Dikuasakan oleh Blogger.

INILAH PUNCA SEBENAR KEKECOHAN DI PLAZA LOW YAT YANG DIPUTAR BELIT RAMAI..!!!

Gaduh Di Plaza Lowyat

INILAH PUNCA SEBENAR KEKECOHAN DI PLAZA LOW YAT YANG BERLAKU SEMALAM

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, punca sebenar kekecohan itu adalah daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,”

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dan memuji dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini menjadi sarang penipuan barang eletronik itu oleh peniaga-peniaga di sana.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka. 


Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut. Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.

Jika anda pergi ke Plaza Lowyat untuk membeli gadget, pastikan anda luas pengetahuan teknologi.. atau bawa sekali rakan yang pakar dalam IT. Kalau tak, lupakan saja hasrat nak ke lowyat.


VIDEO-VIDEO KEKECOHAN/PERGADUHAN DI PLAZA LOWYAT


Kamera 1: Pergaduhan di lowyatKiriman: Danial Effendy, Laporan: http://goo.gl/j4RPbJ
Posted by Siakap Keli on Saturday, July 11, 2015




Kamera 2: Kes pergaduhan di Lowyat. Lokasi pintu gerbang lowyat dengan tajaan Samsung.Laporan: http://goo.gl/j4RPbJ
Posted by Siakap Keli on Saturday, July 11, 2015


Namun, tampil seorang wanita bernama Farah Liana, setiausaha di Plaza Low Yat mendedahkan sebaliknya.

"Bukan! Bukan kes tipu! Hurmmm kenapalah perlu percaya dengan blogger semua? Management staff semua Melayu. Hal penipu, pelanggan akan datang cari kami kalau tak dapat selesaikan masalah. 

"Plaza Low Yat pekerjanya ramai Melayu. Kedai-kedai yang menyewa saja Cina. Kami pening kepala, korang lagi nak backup! Kes-kes yang kami terima banyak orang kita sendiri yang buat.

"Korang nak bengang dengan budak-budak yang kena pukul dengan Cina itu, ikut koranglah. Tetapi kami pekerja-pekerja Melayu di sini sudah cukup malu dengan budak-budak Melayu yang buat hal di sini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di sebuah Facebook page popular.

kdt - TheHypemedia
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "INILAH PUNCA SEBENAR KEKECOHAN DI PLAZA LOW YAT YANG DIPUTAR BELIT RAMAI..!!!"

Back To Top