Dikuasakan oleh Blogger.

Eeee..... MENJIJIKKAN..! KATAK NI SELAMBA JE...PARKING DALAM LEMANG...!!!


Eeee..... MENJIJIKKAN..! KATAK NI SELAMBA JE...PARKING DALAM LEMANG...!!!

Seorang pengunjung bazaar ramadan terkejut dengan penemuan seekor katak yang telah dimasak sebati di dalam lemang yang baru dibelinya semalam.

Difahamkan, Farah Adila, membeli lemang berkenaan di sebuah bazaar yang terletak di Jalan Kuching. 

" Terbantut sahur si suami...
Gara2 makhluk ni y elok parking dlm lemang y dibeli kat bazaar smlm...
Kecut perut laki bini..terus loya nk mkn pe pon..huhu..

Gambar yang dimuat naik oleh Farah ini menerima reaksi 'muntah' hijau dari rakan-rakannya. 

lemang katak

Berikutan itu, rakan-rakannya menyarankan Farah menghantar semula lemang tersebut kepada peniaga terbabit selain dari cadangan mengenakan saman terhadap peniaga itu.

Namun, atas dasar tidak mahu memanjangkan kes berkenaan, Farah tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang. Tetapi mahu orang ramai menyebarkan gambar itu agar pengunjung bazaar Jalan Kuching lebih berhati-hati.

Pengunjung bazaar dinasihatkan selalu memeriksa juadah makanan yang dibeli sebelum dimakan. Sebagai pengguna, kita tidak boleh terlalu yakin 100% dengan tahap kebersihan makanan yang dimasak oleh peniaga bazaar.

- Thehypemedia
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Eeee..... MENJIJIKKAN..! KATAK NI SELAMBA JE...PARKING DALAM LEMANG...!!!"

Back To Top