Dikuasakan oleh Blogger.

"YANG BUAT SERABUTNYA TUN M, JANGAN PERCAYA PUTAR BELITNYA"

Najib Razak

"YANG BUAT SERABUTNYA TUN M, JANGAN PERCAYA PUTAR BELITNYA"

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, keadaan "kucar-kacir" yang timbul ketika ini adalah disebabkan perbuatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Lima hari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal menghadirkan diri ke program Dialog PM Bersama NGO di PWTC, 'NothingtoHide'. Najib merayu agar rakyat Malaysia tidak terperdaya dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai separuh benar, jenaka yang dilihat sengaja mengelirukan rakyat dan berputar belit.

Dalam penjelasan terbaru Najib di laman blognya najibrazak.com itu berkata, Tun Dr Mahathir merupakan seorang pakar persepsi umum. 

"Rakyat perlu berfikir sejenak dan menganalisis fakta yang ada. Tun seorang ahli politik veteran dan pakar persepsi umum. Dia faham yang kenyataan politik tidak semestinya mencerminkan kebenaran. Tetapi ia mengenai apa yang menjadi kepercayaan masyarakat umum.

"Sebab itulah Tun terus membuat sindiran, bercakap separuh benar, membuat jenaka yang sengaja mengelirukan serta memutar belitkan kenyataan agar pandangannya nampak menarik dan memuaskan.

"Telah banyak yang kita lakukan dalam tempoh enam tahun lalu, tetapi Tun tidak mengendahkan semua ini. Sebaliknya hanya menimbulkan dakwaan dan masalah kerana Tun tahu dengan cara itu saja dia dapat mempengaruhi fikiran rakyat menentang kerajaan dan saya," katanya.

Najib juga menggesa ahli UMNO dan Barisan Nasional serta semua rakyat Malaysia tidak terperdaya di setiap kali bekas Perdana Menteri itu menyerang Najib.

Tambah Najib, keadaan 'berserabut' yang dikatakan wujud dalam pentadbirannya adalah kerana tindak tanduk Tun Mahathir. Malah, Tun didakwa juga mempercayai pembohongan yang tersebar di laman sosial. 

"Serangan yang saya hadapi sekarang tidak sama seperti apa yang Tun terpaksa hadapi. Ini kerana perkataan viral tidak wujud sewaktu pentadbiran Tun," katanya.


Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya. 

Persoalannya bilakah Najib mahu bersemuka bersama Tun M?


Najib ketika melawat mangsa gempa bumi di Sabah hari ini.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk ""YANG BUAT SERABUTNYA TUN M, JANGAN PERCAYA PUTAR BELITNYA""

Back To Top