Dikuasakan oleh Blogger.

WANITA TERPANA...! RM3,000 LESAP DITIPU 'LELAKI BAIK'


WANITA TERPANA...! RM3,000 LESAP DITIPU 'LELAKI BAIK'

Seorang pengguna Facebook, Azizi Rashidah Abdul Rashid telah berkongsi kisah sahabatnya yang dianayai di ambang ramadhan. Dimainkan perasaan dan ditipu hingga membawa kerugian kira-kira RM3,000 oleh seorang 'lelaki baik'.

Malang nasib buat seorang wanita itu diperdaya oleh seorang lelaki 'tall, bright, not really handsome'. Kejadian berlaku pada 17 Jun lalu, di mana mangsa mengalami kerugian wang tunai dek lelaki ini.

Lelaki yang berperwatakan baik, kelihatan sopan santun ini adalah manusia bertopengkan syaitan. 

Dia berkenalan dengan sahabat saya, berkawan dan menunjukkan keikhlasan untuk berkahwin. Lalu dia berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga mangsa, sebelum melarikan wang tunai serta gelang emas milik mangsa.

Dia bawa sahabat saya ke pusat beli-belah Mid Valley. Konon-kononnya nak membeli barang kemas untuk hantaran merisik. Dia buat helah suruh sahabat saya buka gelang emas dan letak di dalam handbag, tinggalkan semua itu di dalam keretanya.

Di dalam handbag itu ada purse yang berisi wang tunai sebanyak RM1,000+ bersama dengan beberapa dokumen penting yang lain.. 

Lelaki itu membawa mangsa ke Coffee Bean, namun mangsa disuruh menunggu lelaki itu seketika kerana dia hendak menjemput kakaknya yang juga berada di Mid Valley.

Malangnya lelaki itu terus lesap dan tidak muncul lagi selepas itu. Telefon bimbit pula dimatikan. 


Jumlah kerugian tidaklah banyak mana dan alhamdulillah sahabat saya tidak diapa-apakan. Cuma terkilan, sampainya hati lelaki itu memainkan perasaan orang tua yang berharap sangat untuk melihat anak perempuan mereka berkahwin.

Sahabat saya bukan orang senang, mak dan ayahnya sudah tua dan tidak sihat. Tak kasihan ke tengok orang tua itu? Kau tak ada mak bapak ke apa?

Dari gaya percakapan dan bahasa badan yang natural, saya yakin ini memang kerja full time atau part time dia. 

Sebarkan, agar tiada lagi wanita serta ibu bapa mereka kecewa kerana tertipu dengan manusia seperti ini. - AZIZI

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "WANITA TERPANA...! RM3,000 LESAP DITIPU 'LELAKI BAIK'"

Back To Top