Dikuasakan oleh Blogger.

[VIDEO] POLIS HALANG TUN M BERUCAP DI PROGRAM 'NOTHING TO HIDE'

Tun M berucap lawan Najib

[VIDEO] POLIS HALANG TUN M BERUCAP DI PROGRAM 'NOTHING TO HIDE'

Satu program sesi dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya diadakan pagi Jumaat ini terpaksa dibatalkan dan tarikh baru akan dimaklumkan kemudian

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya mengesahkan telah mengelaurkan arahan supaya majlis dialog "Nothing To Hide" dibatalakan demi kesejahteraan awam dan keharmonian masyarakat.



“Dialog 1MDB bersama NGO-NGO: Demi kesejahteraan awam dan keharmonian masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan dialog di atas, di PWTC, Kuala Lumpur pagi ini dibatalkan.,” tulis Khalid pagi ini.

Program "Nothing To Hide" itu diadakan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam dimana ia memberi peluang kepada Najib menjawab soalan daripada NGO lain dan kumpulan masyarakat sivil termasuklah isu 1MDB yang hangat diperkatakan sekarang.

Bagaimanapun Dr Mahathir dikatakan telah muncul di PWTC pagi ini dan Najib dijangka tiba pada 10 pagi.

Kerana pembatalan sesi dialog tersebut, majlis bagaimanapun telah bertukar dengan program lain iaitu "Sesi Bicara Bersama Tun Mahathir".

Bagaimanapun sesi tersebut tidak dapat diteruskan selepas dihalang oleh pihak PDRM ketika Tun Mahathir sedang berucap.

Ketika itu,hadirin bersorak 'nothing to hide, nothing to hide'.

Berikutan adalah laporan langsung.(Dipetik Malaysiakini)

● 10.35am: Polis meminta Dr Mahathir menghentikan ucapannya.

● 10.33am: Dr Mahathir berucap kepada hadirin.

● 10.37am: Penganjur berkata polis menghalang Datuk Seri Najib Abdul Razak daripada menghadirinya, rundingan sedang berjalan.

Hadirin yang datang seawal 8.30 pagi, kini mencecah hampir 2,000 dan muzik dimainkan bagi menenangkan mereka.

● 8.53am: IGP tweet/Fb arah majlis dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Sementara itu, pengacara program di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini memebritahu mereka telah berbincang dengan pihak polis untuk membernarkan majlis tersebut.

"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.


"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang cuba mententeramkan keadaan yang mulai kecoh di dalam dewan yang menunggu ketibaan Najib sejak awal pagi tadi. 

Berikut adalah rakaman lengkap ucapan ringkas Tun M di PWTC sebelum beliau dihalang oleh polis daripada berucap. Kekecohan telah berlaku apabila Polis mengarahkan Tun berhenti berucap ketika itu juga.

[VIDEO] POLIS HALANG TUN M BERUCAP DI PROGRAM 'NOTHING TO HIDE'


Rakaman lengkap ucapan ringkas Tun M di PWTC sehingga beliau ditahan oleh polis daripada berucap.Kekecohan telah berlaku bila Polis mengarahkan Tun berhenti berucap ketika itu juga. Sebarkan video ini !! Biar semua orang tahu, DS Najib dalam ketakutan.
Posted by Muhammad Mamzah on Thursday, June 4, 2015
[VIDEO] Tun M beredar keluar dari Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas ucapannya dihentikan oleh pihak polis. Laungan 'Hidup Tun M' turut kedengaran. 

Masing-masing kecewa dengan pembatalan program dialong ini. Mereka melabelkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagai pengecut!

Kepulangan Tun M selepas diarahkan berhenti berucap.Kedengaran laungan Hidup Tun M berkumandang.Tun M, we all waiting from you the other story....Kita tunggu next episode of politik Malaysi. Bertambah haru sudah ni....
Posted by Muhammad Mamzah on Thursday, June 4, 2015
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "[VIDEO] POLIS HALANG TUN M BERUCAP DI PROGRAM 'NOTHING TO HIDE'"

Back To Top