Dikuasakan oleh Blogger.

PEKERJA BANK DILARANG KELUAR SOLAT JUMAAT...!!!

Solat time kerja

PEKERJA BANK DILARANG KELUAR SOLAT JUMAAT...!!!

Kesibukan kerja tidak boleh menjadi alasan untuk meninggalkan solat jumaat. Allah swt berfirman : 
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah urusan jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” - (Surah al-Jumu’ah:9)

Majikan yang mengarahkan pekerjanya untuk tetap berkerja ketika solat jumaat semata-mata untuk mengekalkan produktiviti atau keuntungan, ia berdosa kepada Allah kerana menghalang hamba Allah menunaikan kewajipan ibadahnya dan para pekerja pula tidak harus mentaati arahan majikan sebegitu kerana Nabi bersabda "Tidak harus taat kepada makhluk dalam perkara yang maksiat kepada khalik (Tuhan pencipta)" (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari 'Imran dan al-Hakam bin Amru al-Ghifari).

Bagaimanapun, itulah yang menimpa kepada seorang pekerja bank yang dilarang oleh managernya untuk keluar solat jumaat di Masjid.
________________________________________________________________________

Assalamualaikum.

Saya bekerja di sebuah bank di ibu negara. Bank yang namanya kita tahu bukan milik seorang muslim ataupun bangsa Melayu.

Kisahnya terjadi bila saya meminta izin untuk keluar ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat sebentar tadi. Memandangkan orang sudah tidak terlalu ramai di bank dan staff juga mencukupi, saya pun memberitahu kepada manager saya yang saya ingin keluar untuk solat Jumaat.

Larangan untuk keluar diberikan dengan tegas. Saya pun bagi tahu kepada dia bahawa staff yang ada sekarang sudah mencukupi untuk coer kerja-kerja yang ada kejap lagi. Lagipun hari Jumaat tengahari bank ini memang tak ramai orang.

Sekali lagi beliau meninggikan suara pada saya. Tapi kali ini dengan bahasa yang lebih kurang ajar. Banyak isu-isu sensitif telah disentuh. Antaranya, belia mempertikaikan waktu-waktu solat orang Islam yang menyebabkan staff muslim selalu tiada di tempat kerja.

"Rehat keluar, sembahyang keluar, itu you ular dalam masjid itu you punya bapak mau bayar gaji ka?"

Itu antara ayat yang keluar dari mulut beliau.

Saya bukanlah seorang staff yang mudah bertindak ganas tanpa berfikir panjang. Kalau ikutkan panas telinga ini, memang dah sampai tangan saya ini atas muka dia.

Tetapi saya fikirkan tindakan saya itu boleh menyebabkan saya dibuang kerja.

Semoga syarikat-syarikat yang racist dekat luar sana itu boleh belajar menghormati tuntutan agama yang dianuti oleh lain-lain bangsa yang ada di Malaysia ini.



Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PEKERJA BANK DILARANG KELUAR SOLAT JUMAAT...!!!"

Back To Top