PEKERJA BANGLADESH SERAMAI 1.5 JUTA LAGI AKAN DIBAWA MASUK MALAYSIA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 1.5 JUTA lagi tenaga kerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan dari pelbagai sektor.
Menurutnya, Kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Kerajaan Bangladesh dan dijangka akan memeterai perjanjian dalam masa terdekat pada awal bulan Julai ini di Dhaka. Perkhidmatan pekerja ini meliputi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung Sabah dan Sarawak.
Tambahnya lagi, 1.5 juta tenaga kerja yang dibawa itu hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh. Pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan tetap akan dihantar pulang ke negara mereka.
1.5 tenaga kerja Bangladesh yang bakal dibawa masuk ke Malaysia akan menjalani latihan untuk menjadi pekerja separa mahir dan memenuhi spesifikasi keperluan majikan di negara ini.
Beliau berkata, majikan akan dikenakan empat syarat jika ingin menggaji pekerja Bangladesh yang mana mereka perlu diberikan perlindungan insurans, kemudahan kediaman secara berpusat, gaji dibayar melalui bank dan perlindungan keselamatan yang secukupnya. - BERNAMA
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "PEKERJA BANGLADESH SERAMAI 1.5 JUTA LAGI AKAN DIBAWA MASUK MALAYSIA"