Dikuasakan oleh Blogger.

PANAS! ZUL ARIFFIN DEDAH PERNAH DIAJAK SELFIE DALAM TANDAS!

Zul Ariffin bersama peminat

PANAS! ZUL ARIFFIN DEDAH PERNAH DIAJAK SELFIE DALAM TANDAS!

Lagi kes dakwaan mengenai Zul Ariffin sombong dan marah kepada peminat yang mahu bergambar dengannya.

Menurut sumber, ada dakwaan yang mengatakan pelakon lelaki itu meninggikan suara serta memarahi peminat yang mengajaknya bergambar bersama, baru-baru ini.

Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, Zul Ariffin melalui Sinar Harian, tampil membuat penafian berserta dengan penjelasan panjang lebarnya.

"Saya tak marah dia (peminat), saya cuma berkata dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga. Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya bersabar sebentar.

"Tambahan pula ketika itu, saya mahu menyimpan beg ibu saya sebelum kembali bergambar dengan individu itu," katanya.

Zul Ariffin juga mendedehkan cerita yang sebelum ini pernah ada segelintir peminat yang tidak sabar bergambar bersama sehingga ada yang mengajaknya bergambar di dalam tandas.

"Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?," katanya.

Tambahnya, dia menghargai sokongan para peminat yang suka dengan hasil kerja lakonannya tetapi meminta perkara remeh seperti itu usah diperbesarkan.

Susah juga jadi selebriti popular ni ya, kat mana-mana ada je peminat yang nak bergambar. Dalam hal ini peminat pun perlulah memahami kehidupan artis itu, kalau masa dia tengah meluangkan masa bersama keluarga, faham-faham sendirilah.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "PANAS! ZUL ARIFFIN DEDAH PERNAH DIAJAK SELFIE DALAM TANDAS!"

Back To Top