Dikuasakan oleh Blogger.

KURANG AJAR...!!! SAMSENG JALANAN TARIK RAMBUT DAN PUKUL KEPALA ORANG TUA

Samseng Jalanan

KURANG AJAR...!!! SAMSENG JALANAN TARIK RAMBUT DAN PUKUL KEPALA ORANG TUA

Seorang pemandu lelaki berbangsa cina telah bertindak biadap dengan mengasari pemandu warga emas di USJ 1, belakang Summit USJ, Petaling Jaya. Tindakan samseng jalanan itu berjaya dirakam oleh pemandu dibelakangnya menerusi videocam.

Pemilik video itu, Ryan Foong kemudiannya memuat naik rakaman pertelagahan berdurasi 3 minit 56 saat itu ke akaun facebooknya semalam.

Road rage at USJ 1, behind Summit USJ
Every action film needs a suitable soundtrack! Look carefully, driver of silver car brought out sickle.
Posted by Ryan Foong on Sunday, June 28, 2015

Pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352,

Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong.

Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu mula bertikam lidah dengan mangsa. 

Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi. Berang dengan dengan lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menghentak kepala mangsa. 

Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas.

Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan.

- Thehypemedia
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "KURANG AJAR...!!! SAMSENG JALANAN TARIK RAMBUT DAN PUKUL KEPALA ORANG TUA"

Back To Top