Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 20 JUN 2015

Liga Super 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 20 JUN 2015

Perlawanan kejohanan Liga Super Malaysia 2015 kini, aksinya kembali bersambung selepas sekian lama berehat. Saingan yang berlangsung pada Sabtu 20.6.2015 ini adalah aksi perlawanan ke-11.

Sebanyak lima perlawanan Liga Super membabitkan 10 pasukan akan berentap dalam usaha untuk meraih tiga mata penuh.

Hanya perlawanan membabitkan pasukan Kelantan menentang Sime Darby sahaja ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kemudian. Ia berikutan semua perlawanan yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu pada bulan Ramadhan dibatalkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk program Madinah Ramadan.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan telah meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencari stadium lain jika mahu meneruskan saingan liga di Kota Bharu.

Takhta liga kini diduduki oleh pasukan Pahang dengan kutipan mata sebanyak 23 mata sambil dikuti pasukan JDT dengan pungutan 21 mata selepas menang tipis kepada Terengganu.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA 2015 | 20 JUN 2015

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super Malaysia 2015 yang berlangsung pada sabtu, 20 Jun 2015:

● ATM    1-3 LIONS XII
39′ Fazly Alias
51′ Safuwan Baharudin
60′ Fazly Alias
84′ Shahdan Sulaiman

● PERAK 1-1 SARAWAK
58′ Namkung Woong
61' Ryan Griffith

● SELANGOR4-4FELDA UNITED
14′ 41′ Hazwan Bakri
18′ 24′ Thiago Augusto
39′ Indra Putra
50′ Ndumba Makeche
65′ Gurusamy Kandasamy

79′ Abdul hadi Yahya

● TERENGGANU0-1JDT
76′ Luciano Figueroa

● PDRM3-5PAHANG
8′ D.Saarvindran
39′ 45+2′ 71' Matias Conti
51′ Saiful Nizam
59′ Dickson Nwakaeme

78' 89′ Dramane Traore

_______________________________________

● KELANTANVSSIME DARBY - Ditunda


CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER 20 JUN 2015


Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 20 JUN 2015"

Back To Top