Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 7 JUN 2015

Final Liga Juara-UCL-2015

KEPUTUSAN FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 7 JUN 2015



Keputusan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Juventus menentang Barcelona pada awal pagi Ahad, 7 Jun 2015 | Barcelona berjaya menewaskan Juventus dengan keputusan jaringan 3-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah yang penuh mendebar di Berlin, Jerman. Kejayaan ini menjadikan Barcelona muncul raja Eropah apabila meraih trofi kelimanya bagi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan juara Itali itu pada aksi final di Olympic Stadium, awal pagi tadi.

Gol Barcelona diperolehi seawal minit ke-4 permainan menerusi Ivan Rakitic. Bagaimanapun, bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata meledak gol penyamaan 1-1 beberapa minit separuh masa kedua bermula. Namun tidak dapat menyekat dominasi Barca yang memburu dua lagi gol selepas itu. menerusi Luis Suarez pada minit ke-68 diikuti jaringan pengesahan oleh penyerang Brazil, Neymar pada minit terakhir permainan.

Ia adalah kemenangan berganda buat pasukan kendalian Pengurus Luis Enrique selepas mengemudi pasukan itu menjuarai aksi La Liga musim ini. Barca menjadi pasukan pertama untuk memenangi kemenangan berganda sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pengurus tersebut.

Ia adalah pencapaian cemerlang jurulatih Barcelona, Luis Enrique, yang juga bekas pemain antarabangsa Sepanyol sejak berkhidmat di Nou Camp.

Barcelona Juara UCL

Barcelona Menang UCL 2015

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 7 JUN 2015"

Back To Top