Dikuasakan oleh Blogger.

"KAKAK TOLONG HANTAR KAMI BALIK MYANMAR. SINI ADA POLIS TANGKAP"


"KAKAK TOLONG HANTAR KAMI BALIK MYANMAR. SINI ADA POLIS TANGKAP"

Kisah yang diceritakan oleh Siti Zuraidah Ismail tentang pengalamannya didatangi kanak-kanak Rohinya ketika makan di Seksyen 7 Shah Alam. Niatnya untuk membantu kanak-kanak Rohinya itu bagaimanapun pantas mendapat balasan dari Allah swt.

________________________________________________________

Bagi yang selalu lepak kedai makan Seksyen 7 Shah Alam mesti biasa nampak budak-budak ni. Bergerak dari meja ke meja, minta derma, jual tisu.

Aku biasanya kalau nampak bebudak ni, aku soal banyak-banyak. Tak pun, kalau malas sangat, aku bagi je singgit dua. Lagi teruk, aku buat tak tahu je. Masalahnya, depa ni ramai. Bagi sorang, jap lagi mai lagi sorang. Kita pulak, takut duit abis. Jap lagi nak bayar makan tak cukup pulak. Sadis je rasa! Huh.. 

Tapi tadi, situasi sangat berbeza. Depa ni datang. Sorang je yang mai jual tisu. Aku tak suka nak beli tisu ni. Sebab bukan pakai sangat. Then, aku tanya, "nak makan?" Dia angguk. Aku suruh duduk. Masa tu, aku tak fikir pun kawan aku yang berdua ni. Tapi, ternyata, depa pun setuju dengan tindakan ini. Hahaa. 

Alkisahnya, bila budak tu duduk, mai la kengkawan dia.. Jap lagi orang kedai makan tu cakap, "budak-budak ni ramai." Aku dalam hati masa tu dah cuak... "Alamak.. Ramai ke? Mampus nak bayar jap lagi. Duit ade doploh ringgit je dalam dompet. Ah.. Tak ape la. Rezeki depa kot hari ni."

kesian

Aku ngan member order la set sama cam aku makan. Tambah nasi. Budak-budak 5 orang je. Masa tu, kami borak.. Depa kata depa dari Myanmar. Rohingya. Terus rasa nak nyanyi... " Selamat malam Rohingya". Tapi tak jadi. Sebab siang lagi kan. Hehehe.

Kemudian, borak bla bla bla. Diorang pun sebut. "Kakak, tolong la hantar Myanmar." Oh Tuhan.. Macam mana aku nak hantar korang balik Myanmar? "Kenapa nak balik Myanmar? Sana makan sikit. Tak best duduk sini?" Aku tanya. Depa geleng. "Sini ada polis tangkap. Sana Myanmar tada polis. Kakak hantar sana Bangladesh pun tak apa." Eh.. kenapa pulak nak kena hantar Bangladesh? Kata asal Myanmar. "Nanti sana Bangladesh naik bot pergi Myanmar. Ada."

Diorang rindu nak balik Myanmar. Aku sedih. Diorang tak ada tempat tinggal pun kat sini. Duduk merempat. Serius, aku hampir nangis. Tapi aku kena control cool. Sampai kami nak balik pun, diorang merayu lagi untuk hantar balik Myanmar. Allah. Aku tak mampu, anak. Sebab Myanmar tu bukan dekat macam JB ke Gombak. Boleh naik kereta. Aduh!!

Kitorang tengah borak-borak lagi, ada sorang kakak datang. Dia bagi resit, dan dia cakap dia dah bayarkan makan kami semua. Kakak tu pun pergi dengan pantasnya. Sumpah aku speechless. Sekali lagi aku nak nangis. Kami bertiga pasang niat nak sedekah untuk anak-anak tu, rupanya, Allah dah rancang yang lain untuk kami..

Sungguh kami tak rancang semua ni. Semua spontan. Sedang aku pun dalam masalah, entah esok aku hilang punca pendapatan, aku tak tahu. Tapi yang aku tahu, masa aku offer makan tu, nak share je rezeki yang ada sikit ni.

Allahu Rabbi. Rezeki Allah nak bagi di tempat yang kita tak sangka-sangka. 

Sebelum ni, selalu je berangan orang bayarkan kita makan senyap-senyap. Hari ni tertunai. Fuhh. Impian jadi nyata! Hahaaa. 

Moral of Story - Ikhlas bersedekah.

Sumber foto : KSarina Mohd SomSom
cc : Thehypemedia.com
Tag : Semasa
0 Komentar untuk ""KAKAK TOLONG HANTAR KAMI BALIK MYANMAR. SINI ADA POLIS TANGKAP""

Back To Top