Dikuasakan oleh Blogger.

HEBAT! GADIS MUDA INI MAMPU BELI RUMAH SELEPAS 11 BULAN BEKERJA

Gadis miliki rumah di usia muda

HEBAT! GADIS MUDA INI MAMPU BELI RUMAH SELEPAS 11 BULAN BEKERJA

Hanya satu kata yang terungkap saat terbaca coretan Cik Hafizah Wanasan. Anda memang seorang wanita cekal! Selepas 11 Bulan Kerja, Mampu Beli Rumah Di Usia Muda

Dia seorang wanita yang hebat dan gagah. Mana tidaknya beli lot rumah dengan usaha sendiri, dari A hingga Z. Buat baikpulih rumah dan kereta, berurusan tawar menawar semuanya sendiri. Status dan kudrat sebagai seorang wanita muda bukan lagi alasan untuk kita tidak berjaya. Jatuh bangun Cik Hafizah adalah cabaran hidup sebelum mencapai impiannya. Hebatnya gadis muda ini kerana mampu membuat kerja-kerja lelaki hanya untuk belajar sesuatu yang baru.

"Hidup kena kuat!"

Rumah pertama untuk pelaburan. Selepas sebelas bulan bekerja di selangor, hasil simpanan gaji bulanan dan pelaburan, saya beli hartanah di seksyen 7 shah alam. Memandangkan saya masih single, rumah ini bukan untuk saya diami, tetapi untuk disewakan. Duit bulanan sewa itu saya akan rolling lagi untuk investment.

Setiap hari saya google cari property yang ingin dijual. Balik kerja dari hospital,saya cepat-cepat tarik kerusi ngadap computer. Suratkhabar saya beli hari-hari untuk lihat advertisement bahagian property. Panas mata panas kepala. Di hujung minggu saya memandu 40km untuk melihat rumah. Untuk buat pelaburan, cari rumah yang pasaran bagus. Dekat universiti, dekat hospital besar, dekat pusat bandar. Ada rumah siling rendah, ada juga terkena agent yang asyik reply tidak pasti bila diajukan soalan apapun. Ada yang bila nak pergi view, agent tak bawa kunci! Banyak lagi untuk diceritakan. Perlu sabar dengan setiap masalah.

Akhirnya jumpa rumah. Saya tawar harga dengan owner asal. Owner asal bagi pilihan diskaun 10 ribu jika saya ingin baiki sendiri. Saya pilih untuk baiki sendiri.

Ya, memang boleh saya setuju 10 ribu lebih untuk owner settlekan. Buat apa mahu susah-susah.? Tapi tidak, saya fikir lebih baik saya belajar sendiri. Saya tidak duduk dengan keluarga sejak saya tingkatan 1. Ketika menuntut di Australia, kereta Ford saya accident, paint kereta rosak, saya pergi kedai accesories kereta, minta mat saleh bancuh warna paint Burgandy dan masuk dalam sprayer tin. 30 dollar. Saya beli 2 tin. Beli kertas pasir grid kasar dan halus. Imam Sabri Samson ajar saya fix kereta accident. Dua hari saya gosok Ford dengan sand paper. Sampai licin. Terima kasih imam ajar saya.

Berbalik kepada cerita rumah. Saya tanya tukang cat. Tukang cat offer 2 ribu. Kemudian saya tentukan, nak cat sendiri. Malam-malam selepas waktu kerja saya google color combination yang sesuai. Hujung minggu bila tiada oncall, saya lari ke kedai hardware. Survey. last decide beli cat glossy Jotun plus alatan mengecat. Adik datang tolong. Total kos cat satu rumah 1 ribu. Jimat seribu, ilmu pun dapat. Selesai cat, beli scrapper dan thinner untuk bersihkan sisa cat. Berpeluh menggigil sendi tangan nak gosok. Tak mengapa, saya suka belajar.

Ramai teman saya sudah ada rumah sendiri, sebahagiannya anak orang berharta. Ibu bapa menolong banyak. Join nama dengan mama, dengan papa, beli dua tiga rumah. Mama papa bagi deposit. Mama papa tolong belikan. Ada yang mama papa nak bagi rumah mereka pada anak. So, tak payah susah-susah. Ada yang selesa beli rumah cantik siap, tak payah susah-susah, mereka kata mahal berhutang pun takpa, it’s ok. It’s their choice, rezeki masing-masing.

What about me? My parents divorced and i got the news on my graduation day. My dad married to my step mom 1 month later and my mom was just getting married in Mac 2015. They kinda live in their world and i kinda live mine. Since i was a kid, lot of things i decide on my own. Even after so many things happened in my life, both my parents are always diamonds in my heart like forever.

This is why i learn troubles. Hidup kena kuat. Belum mention berapa lamaran pernah ditolak. Berapa broken hearts. Saya bukan sengaja. Ada obstacles yg hanya saya faham.

After all, again, saya suka kalau ramai antara kita yang belajar skill hidup sendiri. Especially perempuan. Belajar tukar mentol, tukar kalimantang, cat rumah,suka pegi kedai hardware, fix leaking, fix flush toilet rosak, tolong suami. Jika lelaki, apatahkan lagi? Haruslah.

One chinese man at my working place once said to me  ” Pija, i think you are the most wonderful independent women i’ve ever known! ” ^___^ ~ (Eh panjang pulak karangan kali ni!)

“It’s never too late to start something new”

Anda pasti akan terinspirasi dengan coretan kisah dan perjalanan hidup wanita muda ini. Ayuh! kita mulakan sesuatu perubahan dalam hidup, mulai sekarang untuk mencapai impian kita.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "HEBAT! GADIS MUDA INI MAMPU BELI RUMAH SELEPAS 11 BULAN BEKERJA"

Back To Top