DAH 46 HARI TUNGGU... GAJI TAK MASUK-MASUK...!!!
Pembayaran gaji penjawat awam diawalkan sempena sambutan Aidilfitri nampaknya bertukar menjadi satu penantian yang bakal menyeksakan ramai penjawat awam.
Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, gaji penjawat awam akan dibayar pada 9 Julai dan tempoh menunggu pembayaran seterusnya pada bulan Jun pula mereka terpaksa menunggu selama 46 hari. Ini pasti menimbulkan keresahan mereka dan terpaksa berbelanja secara berhemah.
Namun, ada segelintir penjawat awam sudah bersedia dengan perkara seperti itu dan dilihat tiada masalah untuk berdepan dengan 46 hari tersebut.
Sesetengah penjawat awam sudah biasa menyediakan senarai perbelanjaan harian dan tidak timbul masalah tidak cukup wang di kemudian hari.
Ada juga berpendapat, gaji 9 Julai boleh digunakan, namun mereka perlu memastikan gaji itu tidak dihabiskan agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Bayaran awal atau lambat bukan masalah besar. Apa yang penting, cara perbelanjaan itu perlulah berhemah. Untung pada mereka yang mempunyai gaji dari kerja-kerja sampingan yang dijalankan.
"Tiada masalah untuk bayaran awal atau lambat. Apa yang penting, nafsu untuk berbelanja itu perlu ditahan. Jika tidak ingin menghadapi masalah kekurangan wang belanja dalam tempoh 46 hari, pastikan gaji yang diterima pada 9 Julai kelak tidak digunakan walaupun satu sen.
"Gaji 9 Julai itu perlu ditahan sehingga genap 25 hari. Dengan itu barulah tiada masalah kekurangan wang. Namun, cara ini tidak sesuai dipraktikkan oleh sesetengah penjawat awam terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga," kata penjawat awam yang tidak ingin didedahkan namanya.
- Thehypemedia
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "DAH 46 HARI TUNGGU... GAJI TAK MASUK-MASUK..!!!"