Dikuasakan oleh Blogger.

BERPULUH JATUH TERTONGGENG! ESKALATOR BERGERAK KE BELAKANG


BERPULUH JATUH TERTONGGENG! ESKALATOR BERGERAK KE BELAKANG

Hanya rasa kesian dapat digambarkan apabila menonton video ini. Lebih daripada 20 pengunjung sebuah pusat membeli-belah di Lembah Klang melalui detik menakutkan apabila eskalator yang dinaiki mereka berpatah balik ke belakang.

Video berdurasi 1 minit 47 saat yang diperoleh menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan mereka saling terjatuh di antara satu sama lain sehingga mencetuskan kekecohan di pusat membeli-belah itu baru-baru ini. Juga kelihatan kanak-kanak dan wanita mengandung yang turut sama-sama tertongggeng jatuh dalam insiden itu.

Setakat ini video berkenaan sudah ditonton lebih 62,000 kali serta mendapat 700 likes dan 1,600 shares daripada pengguna Facebook.

Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan di kalangan pengunjung namun ramai netizen menyatakan pendapat agar pengunjung malang terlibat menyaman shopping mall berikutan insiden itu.

Punca kejadian dikatakan berpunca daripada lebihan muatan dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan eskalator gagal berfungsi dengan baik.

VIDEO : ESKALATOR REVERSE KE BELAKANG


Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BERPULUH JATUH TERTONGGENG! ESKALATOR BERGERAK KE BELAKANG"

Back To Top