Dikuasakan oleh Blogger.

ARRGHHH...TAK ACI... POLIS TAK BAYAR, DAPAT DURIAN FREE...??!!!

Polis ambil durian free

ARRGHHH...TAK ACI... POLIS DAPAT DURIAN FREE...??!!!

Seorang lelaki Cina mendakwa berjaya merakam tindakan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahgunakan kuasa. 

Rakaman video kelihatan dua anggota PDRM yang didakwa menyalahgunakan kuasa tersebar di laman sosial. Video berdurasi 1 minit 14 saat itu dimuat naik ke laman Facebook pada 18 Jun lalu oleh seorang lelaki Cina.


Polis Ambil Durian Free
"Polis Malaysia memang hebat. Tangkap penjenayah tak hebat, ambil barang free, hebat!" Laporan selanjutnya di - http://goo.gl/JnRGGQMore: #mediavids
Posted by My Media Hub on Sunday, June 21, 2015


Berdasarkan rakaman video yang telah mendapat perkongsian 4,863 di Facebook itu, dua anggota polis itu dilihat sedang memilih buah durian.

Bagaimanapun menurut lelaki yang merakam video itu mendakwa dua anggota terbabit tidak dikenakan sebarang barangan atas beberapa biji durian yang telah dibungkus dan diletakkan dalam kereta peronda.

"Nampak tak? Haaa! Polis Malaysia memang hebat. Tangkap penjenayah tak hebat, tetapi ambil benda rasuah memang hebat. Kalau tak ada 'balasan' memang teruklah kau. Datang tapau durian tanpa perlu membayar apa-apa. Percuma! Percuma!

"Makanan percuma, letak dalam kereta, nampak tak rakyat sekalian? Inilah sikap polis Malaysia. Kat sini ada seorang lagi siap ambil makan lagi," katanya yang merakam penampakan itu dari keretanya.

Susulan itu, ramai pengguna Facebook berbangsa Cina turut berkongsikan video itu di wall Facebook mereka. Dan rata-ratanya mengecam tindakan dua anggota polis berkenaan.

Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan terhadap dua anggota berkenaan jika benar mereka didapati menyalahgunakan kuasa sebagai anggota Polis.

- Thehypemedia
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "ARRGHHH...TAK ACI... POLIS TAK BAYAR, DAPAT DURIAN FREE...??!!!"

Back To Top