![]() |
MT Orkim Harmony |
AKHIRNYA... KAPAL TANGKI MT ORKIM HARMONY HILANG, DITEMUI DI PERAIRAN KEMBOJA
Kapal tangki yang milik Malaysia, MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu, kini dikesan berada di perairan Kemboja.
Menurut laporan Bernama, perkara ini disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyatakan kapal tersebut turut di cat semula dan ditukar nama. Beliau berkata pada masa ini kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara Diraja Australia.
Terdahulu, Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.
Sementara itu, Pengarah Projek Khas, Satumarin Sdn Bhd, Kapten Ahmad Imran Mohd Azmi yang memberi pandangan bahawa kapal tersebut telah diubah suai dalam tempoh kurang 12 jam, disamping menyatakan kebarangkalian kehilangan kapal itu adalah perbuatan 'orang dalam'.
UPDATE
Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam Twitternya memaklumkan semua anak kapal selamat dan tidak dicederakan. Kapten kapal Orkim Harmony dapat dihubungi dan kapal KD Terengganu menghampiri kapal Orkim Harmony meminta perompak menyerah diri.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "AKHIRNYA... KAPAL TANGKI MT ORKIM HARMONY HILANG, DITEMUI DI PERAIRAN KEMBOJA"