Dikuasakan oleh Blogger.

STATUS HALAL DITARIK JAKIM, SECRET RECIPE HARAM BUAT UMAT ISLAM!

Secret Recipe Haram

STATUS HALAL DITARIK JAKIM, SECRET RECIPE HARAM BUAT UMAT ISLAM!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini telah mendedahkan penarikan sijil pengesahan HALAL Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) yang serius. Berikutan itu, orang ramai terutamanya umat islam diharamkan untuk mengunjungi Secret Recipe buat masa sekarang kerana penyediaan makanan yang tidak baik (kotor).

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim menegaskan penarikan sijil halal yang telah berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.


Katanya, bahagian tersebut telah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.

Namun, "Penarikan sijil halal tersebut tidak menghalang syarikat berkenaan untuk memohon sijil halal selepas tindakan pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan Malaysia," kata Jakim dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka hari ini.

Katanya, Jakim sudah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.
Bagaimanapun Hakimah berkata, Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan terhadap Malaysia Standard 1500: 2009 dan Manual Proseder Pensijilan Halal Malaysia 2014.

Semakan Online Status Halal JAKIM


Kenyataan Rasmi JAKIM Status Halal Secret Recipe



"Jakim memandang serius terhadap perkara ini dan mengingatkan setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi paiwaian dari masa ke semasa.

"Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran pematuhan piawaian pensijilan halal," katanya.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "STATUS HALAL DITARIK JAKIM, SECRET RECIPE HARAM BUAT UMAT ISLAM!"

Back To Top