Dikuasakan oleh Blogger.

WANITA DIBUANG OVARI GARA-GARA MAKAN PRODUK SHAKLEE?


WANITA DIBUANG OVARI GARA-GARA MAKAN PRODUK SHAKLEE?

Seorang wanita dibuang ovari kerana makan produk Shaklee | Beliau, Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.

SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. 

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk. 

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 


3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. 

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. 

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? 

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.


Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.


Namun, di dalam komen-komen beliau ada mengatakan bahawa beliau TIDAK MENGAMBIL SEBARANG SUPLEMEN SEPERTI DINYATAKAN DALAM STATUS BELIAU (Termasuk SHAKLEE), tetapi hanya mengambil kira pendapat doktor yang disampaikan secara rambang.


Shaklee Bukan Punca

Oleh hal yang demikian, sejujurnya dari pihak Shaklee sendiri pernah memaklumkan kepada umum, sekiranya terdapat masalah kesihatan yang disyaki berpunca dari produk Shaklee, laporkan segera kepada syarikat supaya tindakan boleh diambil. Sekiranya dakwaan adalah benar, pihak syarikat juga boleh bertindak menarik balik produk supaya tidak membahayakan orang lain.

GLA Shaklee Penyebab Cyst?

Anda masih ingat kisah Cikgu Mary yang mendakwa GLA punca masalah kesihatan beliau? Pihak Shaklee sendiri telah berurusan terus dengan beliau dan menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi membantu beliau dengan masalah kesihatan tersebut namun tiada bukti mengatakan ianya benar. Tambahan pula Cikgu Mary telah mengamalkan beberapa jenis produk kurus yang lain sebelum kejadian dan turut diambil bersama-sama produk Shaklee.

Selamatkah Saya Ambil Produk Shaklee?

Secara amnya, semua benda di dalam dunia ini kenalah diambil secara seimbang, bukannya berlebih-lebihan.
Kalau makan buah-buahan terlalu banyak, nanti cirit birit.
Terlalu banyak makan makanan laut, nanti kolestrol tinggi.
Terlalu banyak makan protein, berat untuk buah pinggang.
Terlebih minum air masak pun boleh mengakibatkan keracunan air!
Dan banyak lagi yang perlu kita seimbangkan kalau nak disenaraikan satu persatu.

Saya sebagai penjual Shaklee turut amalkan pemakanan sunnah, turut minum Teh Kombucha (atau dikenali sebagai cendawan mekah, mud-mud atau scoby), turut minum susu kambing jenama IbuSuri. Bagaimanapun, semua itu diambil secara berpada-pada dan yang paling utama, SEMUA ITU SAYA AMBIL UNTUK MENJAGA KESIHATAN.

Tag : Semasa
16 Komentar untuk "WANITA DIBUANG OVARI GARA-GARA MAKAN PRODUK SHAKLEE?"
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

shaklee the best...sy pn amalkn shaklee...

dptkn ebook 111 formula rezeki disini...
http://bit.ly/kuasarezeki

Memandai jer ckp shaklee...mak kwn sy bebas kencing manis sbb mkn shaklee la...

Shaklee memang best..mandai2 je..tak baik ckp xde asas.

Yang susah nak pregnant jom tgk testimoni jom kt blog saya..under topic GLA

Shaklee memang best..mandai2 je..tak baik ckp xde asas.

Yang susah nak pregnant jom tgk testimoni jom kt blog saya..under topic GLA

Baca ulasan hingga habis.
www.kelipkelipsyurga.blogspot.com

Jgn nak salahk produk y kita ambil mungkin sblm nie kita dah anbil y lain. @ dr segi pemakanan y x seimbang.

Tuhan tak pandang amalan bnyak,tapi tuhan akan melihat istiqamah amalan itu,tepuk dada tanya rasa

Bro...kalau mau ug asli,bland daun kemangi ambil 1/4gelas + madu ori..minum..jadikn amalan ...mantap kalau mau jdi harimau..dan hari hari mau.

Bro...kalau mau ug asli,bland daun kemangi ambil 1/4gelas + madu ori..minum..jadikn amalan ...mantap kalau mau jdi harimau..dan hari hari mau.

Maaf saya jadi takut nk mkn.sbb baca mcm ni la.. Ada kata mkn suplement dtg kn pykit. . Sy mkn esp, vit c, alfalfa.. Ok je kan shaklee ni..

Boleh je try sebenarnya maybe dia makan benda lain atau dia campur dengan shakle sbb th ada reaction teruk dri badan dia

Back To Top