BERLANJUTAN : DR MAZA MAHU BUKTIKAN 'LEBIH BANYAK' HADIS PALSU DIKELUARKAN USTAZ KAZIM
Konflik antara dua agamawan ini terus 'panas' dan berlanjutan hingga ke hari ini. Terkini, Dr. Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai DR. MAZA, mahu mengemukakan lebih banyak bukti mengenai hadis-hadis palsu yang pernah dikemukakan oleh penceramah popular, Datuk Mohd. Kazim Elias.
Mufiti Perlis itu berkata, tindakan ini adalah bagi menyahut cabaran Ustaz Kazim (DUKE) supaya beliau mengemukakan bukti mengenai perkara itu seperti dilaporkan oleh media.
“Kes ini sepatutnya berhenti setelah penjelasan tentang tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.
“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Ustaz Mohd Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak,” katanya melalui Facebook beliau DrMAZA.com hari ini.
Sehubungan itu, kata Dr. MAZA, beliau akan memenuhi hasrat Mohd. Kazim dengan mengemukakan lebih banyak bukti melalui Facebooknya dalam tempoh terdekat.
Semalam, Datuk Ustaz Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai 'tindakan gopoh dan memalukan dirinya'.
Menurut Ustaz Kazim, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
Baru-baru ini pengguna laman sosial dikejutkan dengan penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Polemik diantara kedua-dua tokoh agama itu bagaimanapun mendapat kritikan ramai pengguna media sosial kerana dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. – MYNEWSHUB.cc
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "BERLANJUTAN : DR MAZA MAHU BUKTIKAN 'LEBIH BANYAK' HADIS PALSU DIKELUARKAN USTAZ KAZIM"