Dikuasakan oleh Blogger.

HARGA TERKINI MINYAK RON95 RON97 Diesel Mulai 1 Mac 2015

Harga Minyak RON95 RON97 naik bulan mac 2015

HARGA TERKINI MINYAK RON95 RON97 Diesel Mulai 1 Mac 2015

Harga runcit baharu minyak petrol RON95 RON97 dan diesel telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) sebentar tadi. Harga terkini petrol dan diesel dinaikkan 25 sen seliter berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam 1 Mac 2015.

Harga terkini ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter. Harga baharu ketiga-tiga bahan bakar itu diguna pakai sepanjang bulan Mac 2015.

Harga-Rasmi-Minyak-Petrol-RON95-RON97-Diesel-Bulan-Mac-2015
Gambar oleh MySumber

Sepanjang bulan Februari harga runcit bagi RON95 adalah pada harga RM1.70 seliter dan RON97 pula adalah RM2 seliter, manakala, diesel pula ditetapkan pada harga RM1.70 seliter.

Faktor kepada perubahan harga petrol dan diesel dari bulan sebelum ke bulan seterusnya adalah disebabkan oleh Subsidi kerajaan yang telah dihentikan sejak 1 Disember tahun lalu. Justeru itu, penetapan harga runcit untuk petrol dan diesel bergantung sepenuhnya kepada kaedah pengapungan terkawal mengikut purata harga pasaran harga minyak dunia serta kadar pertukaran mata wang. 

Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan semasa pasaran minyak global bagi menentukan harga petrol dan diesel untuk bulan-bulan berikutnya.

"Seperti sedia maklum, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 November lalu memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal dimana ia kaedah sama digunakan bagi menetapkan harga runcit RON97 sejak Julai 2010,".
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "HARGA TERKINI MINYAK RON95 RON97 Diesel Mulai 1 Mac 2015"

Back To Top