5 CARA BERKESAN MINTA KAWAN BAYAR HUTANGNYA
Anda pasti pening memikirkan bagaimana cara terbaik yang paling berkesan untuk meminta hutang minta hutang bukan? Lebih-lebih lagi rakan anda sendiri.. Liat benar.. nak bayar balik hutangnya. Ketika nak pinjam duit atau berhutang bukan main lagi.. kata-kata dan janji manisnya. Kita yang memberi hutang, kita pula yang terpaksa bersusah meminta hutang darinya.
Jika tak kena caranya... kawan baik pun boleh jadi musuh. Jadi kita mestilah bersikap profesional dan kreatif dalam menyelesaikan masalah hutang ini. Ini mungkin cara terbaik dan kreatif untuk anda cuba meminta hutang dari rakan anda..
1) Minta secara terus-terang melalui akaun sosial
Mungkin sebelum ini, anda pernah berterus-terang secara direct (lisan) meminta rakan anda membayar hutangnya, tapi dia tetap buat endah tak endah saja. Kali ini, apa kata anda gunakan media sosial seperti facebook untuk menuntut hutang dari kawan anda. Sebab sekarang ini kita hidup di zaman melenium, kalau ada ape-ape hal je, settle di status Facebook. Dia yang selama ini liat nak bayar hutang, mesti dengan lantangnya nak settle hutang dia..
2) Secara berkias atau berseloroh
Tetapi jika anda masih rasa serba salah atau tak sampai hati, anda boleh gunakan cara berkias ketika minta kawan anda bayar hutangnya. Contohnya, dengan berpantun:
Atau lebih mesra lagi dengan....
3) Melalui selfie
Dua cara itu...(berterus terang/ berkias) masih membuatkan anda tidak sampai hati minta dia bayar hutangnya? Tak apa.. anda juga boleh gunakan cara yang kreatif iaitu dengan mengambil gambar selfie anda dengan muka sedih ditambah pula dengan caption menyayat hati.. Contohnya...
Nak mati. |
Invite kawan untuk main game judi ini di Facebook, sehinggalah beliau naik darah dan melenting. Bila dia melenting, tentulah dia akan update status Facebooknya yang lebih kurang macam ni..
Jadi anda bolehlah membuat maklumbalas di ruangan komen dengan mengatakan tujuan sebenar anda, jika dia menang game itu... bolehlah dia bayar balik hutangnya..
5) Iklankan di suratkhabar atau di laman web
Ini mungkin cara paling kejam dan hanya boleh dilakukan jika kesemua cara di atas gagal. Jika kawan anda tetap liat membayar hutang, anda iklankan saja mukanya dan masalah liat bayar hutangnya itu di akhbar utama seperti Harian Metro, Berita Harian dan Sinar Harian.
Jika anda tiada bajet, boleh juga iklankan di laman-laman web popular seperti Siakap Keli atau minta Penmerah viralkan masalah anda di facebook. Cara ini pasti berkesan !
Dalam Islam ada menyebut, sesungguhnya berdosa besar bagi mereka yang sengaja tidak membayar hutang dan melewat-lewatkan hutang walhal sudah mampu untuk membayarnya balik. Ketahuilah juga kesan buruk apabila tidak menyelesaikan hutang dalam kehidupan dunia bahkan di akhirat kelak. Antaranya ialah:
1- Hidup akan sentiasa ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
2- Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
3- Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
4- Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Rasulullah SAW juga bersabda “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) - (Riwayat Ibnu Majah) - “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. - (Riwayat Baihaqi)
- Semoga bermanfaat -
Tag :
Info
0 Komentar untuk "5 CARA BERKESAN MINTA KAWAN BAYAR HUTANGNYA"