Dikuasakan oleh Blogger.

SEORANG USTAZ MAUT DITEMBAK

SEORANG USTAZ MAUT DITEMBAK


SEORANG USTAZ MAUT DITEMBAK;

Seorang ustaz maut ditembak manakala anaknya cedera. Mangsa adalah Ustaz Hasan Madehok berusia 43, berasal dari Kampong Pawal, Yala Thailand.

Beliau yang bekerja sebagai guru agama di negara itu, pernah ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu sebuah kes letupan bom bas ekspres dari betong ke Bangkok pada 6 September lalu.

Kejadian pembunuhannya berlaku ketika beliau sedang berehat bersama keluarga di kediamannya di Kampong Thanmalee, Wilayah Yala.

Menurut Kapten Suchat Mulmuang,Komander Renjer 3311, Ustaz Hasan Madehok ditembak menggunakan senjata jenis AK47 pada bahagian dadanya manakala anaknya yang berusia tujuh tahun cedera akibat tembakan rambang.

Dakwaan Jurucakap Tentera Thai, pembunuhan ini dilakukan oleh satu pihak untuk memfitnah pihak keselamatan Thailand.

Dek kerana, Ustaz Hasan pernah ditahan oleh pihak keselamatan Thai semasa dituduh terlibat dalam pengeboman bas ekspres ketika dibawah undang-undang tentera dan darurat pada September lalu.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan selepas tiga hari kemudian. Komander Lt. Jen. Prakarn Cholayuth telah mengarahkan pegawai forensik untuk melakukan siasatan.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "SEORANG USTAZ MAUT DITEMBAK "

Back To Top