Dikuasakan oleh Blogger.

KEJAM ! PIJAK TENDANG KANAK-KANAK DUA TAHUN

KEJAM ! PIJAK TENDANG KANAK-KANAK DUA TAHUN


Kejam ! Pengasuh pijak dan tendang kanak-kanak berusia dua tahun. Penderaan oleh pengasuh terhadap kanak-kanak dua tahun itu dilaporkan berlaku di Uganda.

Perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan pengasuh berkenaan dapat dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang secara tersembunyi di ruang tamu oleh bapa kanak-kanak terbabit.


Siri serangan kejam yang dilakukan oleh Jolly Tumuhiirwe itu bermula ketika dia sedang asyik menonton televisyen apabila kanak-kanak perempuan dua tahun itu muntah.

Benci dengan tindakan itu, pengasuh berkenaan mencampakkannya ke lantai dan rakus melakukan perbuatan kejamnya dengan memijak dan menendang pada bahagian tulang rusuk kanak-kanak perempuan tersebut. Kemudian mengheretnya ke arah bilik air tanpa rasa belas kasihan.

Bapanya, Erick Kamanzi mendapati kesan lebam pada badan anaknya, lalu merujuk rakaman CCTV yang dipasang olehnya.

Mengetahui kejadian itu, Kamanzi berang dan hilang sabar lalu membelasah pengasuh berkenaan hingga menyebabkan kecederaan serius. Tumuhiirwe kemudiannya melaporkannya kepada pihak polis akibatnya bapa kanak-kanak itu ditahan.

Tumuhiirew kini dilaporkan tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan hanya boleh makan melalui tiub.

Bagaimanapun, bapa kanak-kanak terbabit dibebaskan selepas mengemukakan pita rakaman CCTV yang menunjukkan kekejaman Tumuhiirew kepada pihak polis.

Polis Uganda kemudiannya menahan pengasuh berkenaan atas dakwaan di bawah Akta Anti-Penyeksaan Uganda dan cubaan membunuh. Tumuhiirew kini ditempatkan di Penjara Luzira sebelum dibicarakan pada 8 Disember ini.
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "KEJAM ! PIJAK TENDANG KANAK-KANAK DUA TAHUN"

Back To Top