Dikuasakan oleh Blogger.

EZAD LAZIM DITAHAN POLIS KERANA DADAH

EZAD LAZIM DITAHAN POLIS KERANA DADAH



Bekas vokalis Exist, Ezad Lazim kini ditahan polis kerana positif dadah dan memiki dadah jenis Syabu seberat 0.30 gram.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Bin Mohamad Lazim 34, ditahan pihak polis sekitar jam 1.30 tengah hari tadi di tempat letak kereta di Kompleks Selayang Mall.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Gombak, selepas vokalis itu diperiksa oleh pihak polis dan menemui satu paket lutsinar yang dipercayai dadah jenis Syabu dalam gengaman kirinya.

Pihak Polis juga telah membuat saringan ujian air kencing terhadap Ezad dan mendapati positif dadah.

Ketika tangkapan, Ezad Exist berada di dalam kenderaan jenis Toyota Wish sebelum dibawa ke IPD Gombak.

Menurut sumber, Ezad ditahan hasil daripada maklumat orang awam yang melaporkan kepada pihak polis. Mahkamah telah menjatuhkan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini (20 November 2014.

Kes disiasat mengikut seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya. Ezad telah menerbitkan banyak album bersama kumpulan Exist dan kini popular dengan lagu berjudul "kerana kamu".

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "EZAD LAZIM DITAHAN POLIS KERANA DADAH"

Back To Top