Dikuasakan oleh Blogger.

BAHAYA MAKANAN PANAS BUNGKUS DALAM PLASTIK

BAHAYA MAKANAN PANAS BUNGKUS DALAM PLASTIK


Bahaya makanan panas dalam plastik
Tahukah anda? Makanan panas yang dibungkus dalam plastik berbahaya kepada kesihatan kita. Apabila makanan yang panas dibungkus dalam plastik, secara tidak langsung plastik itu akan menjadi panas, ia akan terdedah dengan elemen berbahaya.

Ramai pengguna kini terutamanya peniaga menggunakan kaedah merebus atau mendidih terus makanan dalam lapisan plastik berbungkus. Selain turut menyimpan makanan dan minuman dalam bekas plastik. Ia memang memudahkan tetapi tidak selamat sepenuhnya.

Kajian mendapati bahawa sejumlah kecil bahan kimia sintetik boleh melarut resap masuk ke dalam makanan yang kita makan, apabila kaedah pemprosesan, pembungkusan dan penyimpanan makanan menggunakan bahan plastik. Walaupun bahan kimia dalam jumlah yang kecil, ia memberikan kesan kerosakan kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Kandungan bahan kimia sintetik dalam plastik mampu mengganggu fungsi normal sistem endokrin dalam tubuh badan manusia dan juga termasuk haiwan. Sistem endokrin ini memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan, metabolisme, proses reproduksi dan fungsi seksual. Sistem ini juga dibantu oleh kelenjar-kelenjar yang terlibat dalam proses ini. Antaranya ialah kelenjar Pituitari, Tiroid, Adrenal, Pankreas, Testis dan Ovari. Hormon akan dirembes oleh kelenjar-kelenjar tersebut melalui saluran darah kepada organ sasaran dalam sistem endokrin ini.

Kesan daripada penggangguan sistem endokrin ini, akan memusnahkan sistem dalam tubuh badan dan akan berkekalan. Pertumbuhan janin dan bayi paling mudah terbantut kerana tubuh mereka sedang membesar.



Oleh itu, penggunaan bekas/beg plastik untuk meletakkan atau menyimpan makanan dan minuman panas perlu dielakkan. Begitu juga dengan penggunaan senduk atau spatula plastik ketika memasak.

Ianya perlu mengambil langkah drastik untuk mencegahnya. Terdapat banyak pilihan yang boleh digunakan oleh pengguna seperti seramik, keluli tahan karat dan kaca ketika memanaskan makanan atau menyimpan makanan. Selain mengunakan kaedah tradisional antaranya daun pisang, linen atau kapas.
Tag : Info
0 Komentar untuk "BAHAYA MAKANAN PANAS BUNGKUS DALAM PLASTIK"

Back To Top