KAIFIAT SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Pada hari ini ( 8 Oktober 2014 ) akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh menurut laman web Persatuan Falak Syari Malaysia. Fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi pada bulan Zulhijjah ini bersamaan dengan malam 14hb Zulhijjah 1435H. Masa berlakunya gerhana seawal jam 5:15 petang dan akan tamat pada 8:34 malam. Gerhana Bulan ini akan hanya dapat kelihatan di seluruh Malaysia ketika waktu maghrib, iaitu terbenamnya matahari di langit barat dan timbulnya bulan purnama di langit timur.
Oleh hal demikian, umat Islam disunatkan untuk melakukan ibadat solat sunat Gerhana Bulan bagi menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah SWT sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya.
Di sini Infokini kongsikan kaifait atau cara untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan untuk mereka yang inginkan melaksanakannya bagi membuat rujukan.
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara & Bilangan Rakaat :
# Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.
[ Rakaat Pertama]
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. ( أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.
[ Rakaat Kedua ]
1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.
Catatan :
# Selamat beramal ~
infokini.my
Tag

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Cara & Bilangan Rakaat :
# Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.
Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.
[ Rakaat Pertama]
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. ( أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.
[ Rakaat Kedua ]
1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.
Catatan :
- Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan :
- Sunat menyaringkan suaa pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
- Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
# Selamat beramal ~
infokini.my
Tag
- gerhana bulan penuh - solat sunat gerhana bulan sendirian
- sembahyang sunat gerhana bulan - solat sunat gerhana matahari
- gerhana bulan 2013 - pengertian gerhana bulan
- video gerhana bulan - gerhana bulan total
- gerhana bulan penumbra - proses terjadinya gerhana bulan
- gambar gerhana bulan - sains tahun 6 gerhana bulan
Tag :
Info
0 Komentar untuk "KAIFIAT SOLAT SUNAT GERHANA BULAN"