Dikuasakan oleh Blogger.

GAYA TIDUR MENGGAMBARKAN SIKAP DAN PERWATAKAN ANDA

GAYA TIDUR MENGGAMBARKAN SIKAP DAN PERWATAKAN ANDA


Apabila sudah tidur, maka kita semestinya tidak sedar apa yang berlaku kepada kita. Kita juga tidak tahu apa yang berlaku keadaan sekeliling kita, lebih-lebih lagi 'tidur mati' sambil diulit mimpi indah. 

Hinggakan juga kita tidak sedar dengan gaya tidur kita yang bermacam-macam gaya dan cara. Oleh itu, ketahuilah anda gaya tidur sebenarnya boleh menggambarkan sikap dan personaliti seseorang itu. Mengikut satu kajian yang telah dilakukan ke atas 1,000 orang, terdapat 6 gaya tidur yang menjadi kebiasaan bagi kita. Lihat 6 gaya tidur yang menggambarkan sikap dan perwatakan anda di bawah.

1. TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DI ATAS BANTAL DAN KEPALA KE SISI
Seorang yang suka bergaul dan agak kurang ajar. Mereka yang tidur dengan posisi ini juga mempunyai perwatakan yang agak tegang serta bermuka tebal tetapi sering terasa hati dengan kritikan yang dilontarkan terhadapnya.

2. TIDUR TERLENTANG
Seorang yang pendiam serta tidak gemar mengheboh-hebohkan mengenai sesuatu perkara. Namun, mereka ini sering meletakkan standard yang tinggi untuk diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu hal.

3. TIDUR TERLENTANG DENGAN KEDUA BELAH TANGAN DI ATAS
Seorang pendengar dan kawan yang baik. Sering menghulurkan bantuan dan tidak suka akan populariti.

4. TIDUR MENGIRING LURUS DENGAN KEDUA BELAH TANGAN DI SISI
Gemar bersosial serta mudah bergaul tetapi sering ditipu kerana kelemahan mereka yang cepat percaya akan setiap individu termasuklah mereka yang tidak dikenali.

5. TIDUR MENGIRING DENGAN KEDUA TANGAN MENDEPA KE HADAPAN
Sukakan benda yang baru tetapi juga sering berkelakuan sinis dan curiga terhadap orang. Mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dengan menyenaraikan keburukan serta kebaikannya berulang kali. Tetapi setelah sesuatu keputusan dibuat, mereka jarang mengubah pendirian atau menyesal.

6. GAYA BAYI (BERBARING KE POSISI KIRI DENGAN KAKI BENGKOK)
Digambarkan sebagai seorang yang kasar dari segi luaran tetapi sebenarnya pemalu dan sensitif. Mereka memerlukan masa untuk mesra dengan orang lain tetapi akhirnya akan tampil biasa. Tahukan anda bahawa tidur dengan mengiring ke kiri boleh mendatangkan kompilasi kepada organ dalam badan seperti hati dan paru-paru? Jika anda tidur dengan gaya ini, seeloknya mengiring lah ke kanan.

Mana satu gaya tidur anda...? Kongsikan...
Tag : Info
0 Komentar untuk "GAYA TIDUR MENGGAMBARKAN SIKAP DAN PERWATAKAN ANDA"

Back To Top