Dikuasakan oleh Blogger.

AZMIN ALI SELESAI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR

AZMIN ALI SELESAI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR



Mohamed Azmin Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 pada pagi ini (Selasa).

Azmin Ali, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah sekitar jam 10.40 pagi.

Beliau mengangkat sumpah sebanyak 3 kali disusuli dengan menandatangani beberapa keping surat pelantikannya dan turut membacakan sepuluh ikrar Aku Janji yang antaranya :
  • Memelihara serta menjunjung prinsip Rukun Negara; 
  • Memelihara dan melindungi kesucian agama Islam serta menghormati hak agama lain; 
  • Memelihara kedaulatan institusi DiRaja; 
  • Mematuhi segala arahan dan ketetapan oleh DYMM Sultan Selangor; 
  • Memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu; 
  • Melaksana tugas dengan integriti tinggi; mendahulukan rakyat; 
  • Memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; 
  • Memelihara jawatan yang dipegang dari perkara yang menyalahi undang-undang; dan memastikan perpaduan antara kaum.
Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu.

Dalam satu itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyukarkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.


Mohamed Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid yang telah memegang jawatan itu sejak enam tahun lalu bermula pada tahun 2008.

Turut hadir, ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi; ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali; Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi.

Bagaimanapun, kebanyakan ADUN daripada DAP dan PKR tidak kelihatan dalam upacara istiadat berkenaan.

Kawalan keselamatan di Istana Alam Shah di sini juga lebih ketat berbanding sebelum ini dengan sesiapa yang tidak tersenarai sebagai jemputan atau petugas media yang tidak berdaftar dengan Istana Selangor tidak dibenarkan masuk ke kawasan istana berkenaan.

Krisis Menteri Besar Selangor dianggap sudah selesai selepas majlis istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu diadakan pada hari ini.

Video oleh KiniTv ~
Infokini.My ~
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "AZMIN ALI SELESAI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR "

Back To Top