Dikuasakan oleh Blogger.

AZMIN ALI MENTERI BESAR BARU SELANGOR

Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor


TERKINI: Azmin Ali baru sahaja menerima surat rasmi pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dari Pejabat Istana sekaligus menjawab segala persoalan dalam krisis jawatan Menteri Besar di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu , sah dipilih oleh pihak Istana untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid setelah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak Istana Selangor.

Dilaporkan surat rasmi itu diterima oleh Azmin lebih kurang pada jam 5 petang tadi bagi memaklumkan bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu esok.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan pada jam 10 pagi yang akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

Gambar surat pelantikan menteri besar selangor yang tersebar di media sosial
Gambar watikah pelantikan ke upacara mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu sudah tersebar di laman sosial.

Selain Azmin, dua lagi Adun PAS, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi sebelum ini turut dikatakan tersenarai sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid.

Bagaimanapun Adun itu menafikan bahawa beliau dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR sebelum ini hanya menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon menteri besar yang baharu.

Namun pihak istana Selangor meminta agar semua parti dalam Pakatan Rakyat memberikan lebih dua nama untuk diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setelah tarikh akhir menghantar nama calon menteri besar, hanya PAS menyerahkan tiga calon manakala PKR dan DAP tetap dengan pendirian menamakan Wan Azizah.

~ Laporan asal dipetik oleh Astro Awani ~
Infokini.My
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "AZMIN ALI MENTERI BESAR BARU SELANGOR"

Back To Top