Dikuasakan oleh Blogger.

AWAS !!! JANGAN LAKUKAN AKTIVITI INI SELEPAS MAKAN

AWAS!!! JANGAN LAKUKAN AKTIVITI INI SELEPAS MAKAN


Awas ! jangan lakukan lakukan aktiviti ini selepas makan kerana ianya berbahaya kepada kesihatan kita. Mungkin ramai yang tidak tahu akan perkara ini. Punca segala penyakit adalah dari perut dan apa yang kita makan.

Secara analoginya, sistem pencernaan tubuh kita boleh disamakan seperti jentera ataupun kilang-kilang pemprosesan. Ini bermakna, kadar kecekapannya untuk memproses dan menyaring nutriens yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada apa yang kita berikan kepadanya.

Amalan selepas makan juga sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tubuh kita. Berikut adalah 4 aktiviti yang berbahaya selepas makan yang menganggu sistem pencernaan tubuh. Jika ada antara aktiviti tersebut yang menjadi amalan kita selama ini, sebaiknya segera hentikan.

1. Mandi

Pada waktu pagi, kebanyakan orang lebih suka makan dahulu sebelum mandi dengan alasan selepas makan, pasti perut akan penuh dan mungkin akan buang air besar. Jadi, lebih mudah makan dulu supaya tidak ke tandas 2 kali.

Namun, mandi selepas makan akan menaikkan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang boleh menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut.

2. Minum teh

Minum teh selepas makan kurang baik disebabkan daun-daun teh mengandungi banyak unsur kimia karbon. Bahan kimia ini akan mempengaruhi protein yang ada pada makanan yang kita makan seterusnya menjadikannya keras sehingga agak sukar dicerna oleh perut.

Teh juga dapat mengurangkan serapan zat besi oleh badan. Jika berterusan, ini boleh mengakibatkan gejala anemia kerana badan kurang zat besi.

3. Berjalan-jalan

Berjalan selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak mampu menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan.

4. Tidur

Jika kita tidur, badan akan menjadi sangat rileks, dan akan menjadikan gerakan usus akan perlahan. Makanan yang masuk sepatutnya dicerna lebih cepat supaya proses pencernaan berlaku dengan sempurna.

Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan kita !

Infokini.My
Tag : Info
0 Komentar untuk "AWAS !!! JANGAN LAKUKAN AKTIVITI INI SELEPAS MAKAN"

Back To Top