Arsenal Manchester City Terikat 2 - 2
Liga Perdana Enggeris 2014/15 : Perlawanan Liga Perdana Enggeris pada minggu ke-4 menyaksikan pertembungan antara Juara Piala FA dengan Juara EPL 2013/14 iaitu Arsenal menentang Manchester City semalam. Machester City hanya sekadar mencatatkan dengan keputusan seri selepas terikat 2 -2 bersama Arsenal dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates semalam. Sama hebat sama kuat.
Arsenal bagaimanapun ketinggalan gol pada babak pertama sekalipun lebih mendominasi hasil jaringan penyerang Argentina, Sergio Aguero pada minit ke-28 hasil satu serangan balas menarik.
Masuk babak kedua, Arsenal bangkit menerusi pemain tengah England, Jack Wilshere menampilkan kehebatannya apabila mudah menjaringkan bola ke gawang Man City dengan memperdaya penjaga gol, Joe Hart untuk jaringan penyamaan buat Arsenal pada minit ke-63.
Seterusnya Arsenal terus menambah gol menerusi penyerang barunya, Alexis Sanchez yang meledak gol kedua Arsenal dengan jaringan voley menarik pada minit ke-74 yang memberi menghidupkan kembali keceriaan buat tuan rumah.
Selepas jaringan itu, Arsenal seakan cuba memperlahankan rentak perlawanan dengan membiarkan City lebih menguasai permainan yang kemudian menerusi jaringan penyamaan Demichelis.
Penyerang baru Arsenal, Danny Welbeck juga mampu menjadi wira namun cubaannya ketika perlawanan berbaki kurang lima minit sekadar melepasi tiang City.
City beberapa kali memperoleh peluang paling hampir menerusi penyerang Eden Dzeko namun cubaannya terkena tiang sebelum diselamatkan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.
Manakala gol daripada bekas pemain Arsenal, Samir Nasri pada masa kecederaan dibatalkan akibat ofsaid.
Keputusan seri di Emirates adalah yang ketiga berturut-turut buat Arsenal dan kedua buat City dalam empat perlawanan.

Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "ARSENAL MANCHESTER CITY TERIKAT 2 - 2"