Dikuasakan oleh Blogger.

9 SEBAB MENGAPA RESUME ANDA DITOLAK

9 Sebab Mengapa Resume Anda Ditolak


Ramai yang mahukan kerjaya di dalam bidang pemasaran. Namun tidak ramai yang tahu mengapa resume mereka ditolak mentah-mentah oleh sesetengah majikan. Berikut adalah kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan:

1. Anda menggunakan Hotmail atau emel AOL

Mereka yang mahukan kerjaya di dalam bidang pemasaran mesti sentiasa pandang ke hadapan. Menggunakan Hotmail atau emel AOL adalah satu kesilapan yang tidak patut dilakukan. Cadangan: gunakan Gmail atau alamat emel domain anda sendiri kerana ini menunjukkan yang anda tahu tentang web dan teknologi.

2. Anda tidak dapat dicari di Google

Anda tidak perlu jadi sepopular Michael Jackson atau Aaron Aziz, tetapi anda perlu ada ‘kehadiran’ di dalam web. Bakal majikan boleh mencari anda di LinkedIn, melalui Twitter atau mungkin melalui laman peribadi yang anda buat sendiri.

3. Tweet terakhir anda adalah pada tahun 2011

Anda perlu menyertai perbualan di dalam web, berkongsi cerita dan sentiasa maju ke hadapan. Beberapa tweet dalam seminggu sudah cukup tetapi jika selama sebulan anda ‘senyap’, bakal majikan mungkin tidak dapat menerima.

4. Foto-foto Facebook anda amat tidak senonoh

Pastikan foto yang anda tinggalkan di Facebook tidak memalukan anda dan keluarga anda!

5. Foto LinkedIn anda adalah ‘selfie’

LinkedIn merupakan sebuah rangkaian profesional, bermakna foto anda di laman tersebut perlu kelihatan profesional.

6. Resume tidak menunjukkan pencapaian yang lepas

Anda perlu menunjukkan pencapaian-pencapaian anda untuk melayakkan diri berada di dalam pasukan pemasaran syarikat-syarikat besar.

7. Kali terakhir anda menulis adalah semasa di kolej

Pelbagai cara untuk anda terus menulis; anda boleh menerbitkan penulisan melalui laman sosial profesional atau menulis di dalam blog dan sentiasa mengemaskinikan blog anda.

8. Anda memohon 15 jawatan sekaligus

Ya, anda sangat teruja untuk menyertai syarikat tersebut, tetapi jika anda memohon 15 jawatan sekaligus ia mencerminkan betapa terdesaknya anda. Jika anda tidak berapa pasti jawatan apa yang sesuai, hantarkan emel kepada pengurus sumber manusia syarikat tersebut atau kepada syarikat pencari kerja yang mengiklankan jawatan tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan yang ingin dipohon.

9. Anda lupa fungsi Ctrl + F

Semua sedia maklum, kesalahan ejaan memang sesuatu yang tidak patut ada di dalam resume, tetapi ramai juga dalam kalangan pemohon kerja yang menghantar surat lampiran salah menamakan syarikat atau menamakan si penerima surat permohonan kerja.

Tidak rugi jika kita ambil sedikit masa untuk menulis resume yang baik.

Semoga berjaya!

Dipetik dari HubSpot
BERNAMA

Infokini.My
Tag : Info
0 Komentar untuk "9 SEBAB MENGAPA RESUME ANDA DITOLAK"

Back To Top