Pengguna laman sosial seperti Facebook dan Twitter kini boleh bertukar menggunakan laman sosial yang berbentuk Islamik iaitu Ummaland.
Ummaland dilancarkan pada 1 Februari 2013 oleh pengasasnya iaitu Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji sebagai platform media eksklusif untuk memberi manfaat buat orang Islam.
Setiap hari sekurang-kurangnya seramai 1,000 orang menyertai laman sosial tersebut.
Satu perkongsian menerusi blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial Facebook.
Laman sosial Islamik tersebut juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.
Perbincangan berkenaan politik, kebencian, keganasan dan peperangan tidak dibenarkan sama sekali.
Selain itu, Ummaland menawarkan maklumat, interaksi dan iklan yang lebih Islamik dengan tidak mengeksploitasi gambar-gambar berunsur lucah.
Dalam masa yang sama, Ummaland menjadi platform untuk menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat di dalam media tersebut.
Sehingga semalam, seramai 162,429 pengguna telah menyertai Ummaland.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "UMMALAND GANTI FACEBOOK"