Pihak penyiasat telah memperoleh imej rakaman dan bukti baru kewujudan trak model Volvo yang dikesan membawa sistem peluru berpandu BUK sejurus pesawat MH17 ditembak jatuh.
Agensi media Dailymail.Uk dipetik berkata, bukti yang juga petunjuk itu boleh mengaitkan pemberontakan pro-Russia berikutan pemilik kenderaan tersebut mendakwa kumpulan pemberontakan merampas trak itu sembilan hari sebelum kejadian.
Pemilik trak Volvo berwarna putih yang berasal dari wilayah Donestk itu mengenal pasti kenderaan itu adalah miliknya dan mendakwa ia digunakan oleh pemberontak untuk menembak pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Rakaman yang diperoleh polis Ukraine menunjukkan imej sistem peluru berpandu BUK pada trak Volvo yang diseludup keluar dari timur Ukraine pada awak pagi 18 julai, sehari selepas tragedi pesawat MH17.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "BUKTI BARU MH17"