Dikuasakan oleh Blogger.

SKUAD KENDALIAN VAN GAAL PAMER PRESTASI YANG BAIK


Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian pengurus baru dari Belanda, Louis Van Gaal selepas menewaskan Inter Milan 5-3 melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan semalam.

Van Gaal sedang menguji kehebatan penyerangnya sebelum musim baru Liga Perdana Inggeris bermula, apabila menggandingkan penyerang Wilfried Zaha dan Shinji Kagawa pada separuh masa kedua dan meletakkan Javier Hernandez di bangku simpanan.

"Saya amat gembira.

Saya berasa kami sudah mempamerkan permainan terbaik berbanding dua aksi sebelum ini," kata Van Gaal.

United yang beraksi buat kali pertama dengan jersi baru yang berwarna biru, memulakan kempen pramusim dengan membelasah Los Angeles 7-0 Rabu lalu sebelum menang ke atas AS Roma di Denver tiga hari lalu.
Tag : Sukan

Related Post:

0 Komentar untuk "SKUAD KENDALIAN VAN GAAL PAMER PRESTASI YANG BAIK"

Back To Top