Israel terus meningkatkan lagi serangan udara di Gaza dengan mensasarkan lokasi Hamas. Penduduk Palestin berkata, antara yang terbunuh dalam serangan terbaru itu ialah lapan anggota keluarga selepas rumah mereka turut dibom.
Jurucakap tentera Israel berkata, lebih 320 sasaran Hamas dibedil sepanjang malam semalam. Tumpuan utama adalah rangkaian terowong bawah tanah serta tapak pelancar roket kumpulan pejuang. Jurucakap tentera Zionis itu turut berkata, pihaknya sudah menggerakkan 20,000 anggota pasukan simpanan bagi melancarkan operasi darat di Gaza.
Serangan itu menjadikan keseluruhan sasaran yang dibom kepada 750 dalam masa tiga hari serangan besar-besaran itu dilancarkan. Sekurang-kurangnya 75 orang rakyat Palestin terbunuh setakat ini dalam serangan itu.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "SERANGAN TERBARU ISRAEL DI GAZA"