Berita mengenai Apple akan melancarkan jam tangan pintar, iWatch telah lama tersebar namun hingga ke hari ini Apple masih belum secara rasmi memperincikan mengenai produk terbarunya itu.
Terbaru, Apple dikatakan sedang merekrut pekerja yang mempunyai kepakaran dalam industri jam tangan. Apple dikatakan mungkin akan menghasilkan jam tangan mewah pintar, gabungan antara jam tangan mewah dan juga teknologi milik Apple.
Menurut laporan dari CNBC, Apple menarik orang kuat TAG Heuer, pengeluar jam tangan ternama dari Swiss itu. Laporan itu turut memetik kenyataan Presiden TAG Heuer yang menyatakan orang penting TAG Heuer sebelum ini telah meninggalkan syarikatnya dan kini dikatakan berada di Apple.
Walaupun banyak produk jam tangan pintar di pasaran, Apple pastinya akan mencipta kelainan dalam menghasilkan produk terbarunya itu.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "APPLE AKAN KELUARKAN JAM TANGAN PINTAR"