Dikuasakan oleh Blogger.

TEMPAT-TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA

Tempat-Tempat Berhantu Di Malaysia

1. Highland Towers


Pada 11 Mac 1993, salah satu blok Highland Tower yang bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, runtuh dan menyebabkan 48 orang terkorban. Berikutan kejadian itu, 2 lagi blok dikosongkan sejurus selepas kejadian itu. Ada yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang. Hanya segelintir sahaja mayat yang ditemui manakala selebihnya masih lagi terkubur di tapak itu.

2. Banglo Mona Fandey


Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Nama Mona Fandey agak popular pada awal 90an kerana kes bunuh seorang ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan banglo ini. Mona Fandey adalah seorang penyanyi pop dan dia dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona Fandey dan 2 orang lagi dijatuhi hukuman gantung dan hukuman itu dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.

3. Kemayan City Mall



Kemayan City Mall adalah sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama yang terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Kompleks tersebut telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak


Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Suatu masa dulu pernah digemparkan dengan cerita kemunculan sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya tersebut. Di lebuhraya ini telah banyak berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Amber Apartment 



Sebuah apartment usang yang terletak di Genting Highland. Di sebalik kemeriahan kota tersebut, tersimpan  beberapa kisah hitam mengenai tempat itu. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia terjun dari tingkat bangunan itu dan hilang apabila sampai ke tanah. Dan banyak lagi kisah seram mengenai tempat itu.

6. Villa Nabila


Pada suatu masa dulu, Johor Bahru pernah digemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak penemuan-penemuan mistik di sekitar kawasan itu. Villa Nabila terletak berdekatan dengan bukit Serene, berhampiran dengan Straits View Hotel menghala ke Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah tentang banglo tersebut namun tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai banglo tersebut.

7. Penjara Pudu


Penjara Pudu merupakan kawasan yang agak keras. Pihak akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pengawal penjara yang bertugas. Kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
Tag : Info
0 Komentar untuk "TEMPAT-TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA"

Back To Top