Sultan Perak yang ke-34, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini, baginda kembali ke rahmatullah kira-kira pada pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun.
Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah telah meninggal dunia dua tahun lepas.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambri Abd. Kadir petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Seluruh negeri berkabung dengan bendera negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.
Jenazah almarhum akan disemayamkan di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "SULTAN PERAK SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT"