Dikuasakan oleh Blogger.

TANDA - TANDA SEBELUM MATI

TANDA - TANDA SEBELUM MATI



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Infokini.My. Buat kali ini Infokini akan berkongsikan entri Islamik mengenai ' Tanda-tanda Sebelum Kematian' pada sudut Info untuk sama-sama kita mengambil manfaat dari intipati perkongsian ini.

Antara tanda-tanda sebelum mati secara ringkasnya ialah selalu resah-gelisah, seringkali menyendiri dari orang ramai, selalu tidur, kehilangan selera makan, selalu sesak nafas, dan juga luka yang sukar disembuh.

Sabda Rasulullah SAW : " Malaikat maut ( Izrail ) memerhatikan wajah setiap manusia sebanayak 70 kali dalam sehari."

" Manusia yang sebenar-benar buta adalah mereka yang hidup tanpa dapat melihat adanya kematian dihadapan mereka.." - Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz. Baiklah ini pula adalah tanda-tanda 100 hari sebelum kematian menurut ajaran Islam.

TANDA - TANDA SEBELUM MATI

100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama yang ditunjukkan dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya sahaja. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu/kambing yang baru sahaja disembelih, jika diperhatikan betul-betul kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan soleh sebelum kematian menjemput.

40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

3 Hari Sebelum Hari Kematian

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Hari Kematian

Ianya akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir


Tanda terakhir ini akan berlaku di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin pada bahagian pusat dan ianya turun ke bahagian pinggang seterusnya akan naik pula ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut. Sesungguhnya masa kita (ajal) tiba.. untuk kita kembali dijemput oleh Allah SWT, yang telah menghidupkan kita dan pula akan mematikan kita..

Berapa ramai manusia yang masih leka dan lalai dengan keseronokkan dunia sedangkan kain kafannya sedang ditenun? Orang bijak adalah orang selalu ingatkan mati. Apabila roh sudah terpisah daripada jasad maka terputuslah segala amalan kita. Sama kita beramal soleh selagi nyawa dikandung badan.. amar makruf nahi mungkar. Sesungguhnya amalan kita (orang Islam) akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.

Innalillahiwainnailaihirajiun... Wallahu a’lam.
Infokini.my

Tags: tanda tanda menjelang kematian - 100 tanda sebelum mati
tanda 100 hari sebelum kematian - tanda tanda sebelum meninggal dunia
tanda tanda menjelang kematian seseorang - tanda tanda menjelang kematian menurut islam
Tag : Info
0 Komentar untuk "TANDA - TANDA SEBELUM MATI "

Back To Top