Dikuasakan oleh Blogger.

APPLE IPHONE 6 PLUS MUDAH BENGKOK

APPLE IPHONE 6 PLUS MUDAH BENGKOK



Baru-baru ini, syarikat keluaran gajet terkemuka Apple, telah melancarkan produk keluaran terbarunya iaitu Iphone 6 , Iphone 6 Plus dan iwatch apple. Sambutannya memang begitu luar biasa.

Namun begitu, rekaan nipis bagi iPhone 6 Plus menimbulkan kegagalan dan kesan negatif , apabila timbulnya beberapa dakwaan yang mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam poket seluar dalam suatu tempoh masa.


iPhone 6 Plus terbaru diciptakan dengan bersaiz 5.5-inci dan ketebalan 7.1 mm dengan perbezaan kebanyakkan peranti lainnya yang bersaiz phablet. iPhone 6 Plus dilihat membengkok setelah diletakkan dalam poket seluarnya dalam tempoh 18 jam. Pengguna tersebut mengatakan,

“ Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri. 
“ Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi. 
“ Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk. 
“ Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok.” ( Ceritanya agak mengelirukan )

Ini pula video melalui youtube yang menunjukkan apple iphone 6 Plus mudah dibengkokkan dengan hanya sedikit tekanan.

Bagaimanapun, pihak Apple tidak mengeluarkan lagi sebarang kenyataan berkaitan dengan masalah itu.


Mungkin ini adalah alat bagi membaik pulih Iphone 6 Plus yang bengkok kepada keadaan asal. Boleh dapatkan produk ini..

~ Infokini.My ~
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "APPLE IPHONE 6 PLUS MUDAH BENGKOK"

Back To Top